LATAR BELAKANG

MAJLIS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (MPKK)

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah diwartakan pada 29 Jun 2006 merupakan suatu akta untuk menggalakkan, melalui latihan kemahiran, pembangunan dan perbaikkan keupayaan seorang yang diperlukan untuk kerjaya dan mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) merupakan suatu Majlis yang ditubuhkan selaras dengan Akta 652. Majlis ini bertanggungjawab:
1. meluluskan Standard;
2. menasihati Menteri tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Akta ini;
3. menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri; dan
4. melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam Akta ini.

Melalui Akta 652 juga, mana-mana penyedia latihan kemahiran perlu mempunyai kurikulum latihan, premis, kemudahan latihan, dan pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak Standard serta mampu memenuhi polisi dan tatacara jaminan kualiti yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran sebelum suatu program latihan kemahiran ditauliahkan sebagai program bertauliah. Hanya penyedia latihan kemahiran yang telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan melalui Akta 652 layak untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard akan ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah (PB) di bawah JPK.