JAWATANKUASA PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN KEMAHIRAN LAIN (JKPKKL)

Bertanggungjawab terhadap permohonan bagi penilaian penyetaraan program persijilan kemahiran Malaysia dengan kelayakan kemahiran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia.
Jawatankuasa Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran Lain (JKPKKL) yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab terhadap permohonan bagi penilaian penyetaraan program atau kelayakan (kecuali untuk program atau kelayakan professional) dalam perkara berikut:
1. Menghendaki mana-mana orang memberikannya apa-apa maklumat dan butiran lanjut sebagaimana yang dikehendaki untuk memutuskan permohonan.
2. Berusaha sama, berkerjasama atau menyelaraskan dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, institusi latihan kemahiran, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional dan majikan.
3. Meneliti dokumen, laporan dan syor yang dikemukakan oleh Setiausaha atau pihak ketiga mengenai permohonan yang dibuat untuk penilaian penyetaraan program.
4. Mempertimbangkan, menentusah dan membuat syor terhadap mana-mana permohonan penilaian penyetaraan program kepada MPKK.
5. Membuat cadangan keputusan tentang pengeluaran suatu perakuan kesetaraan sekiranya hasil penilaian jawatankuasa mendapati dan memperakui program atau kelayakan yang dimohon adalah setara dengan kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia kepada MPKK.
6. Melakukan perkara yang sesuai dan semunasabahnya perlu bagi melaksanakan tugas.
PROGRAM PENYELARASAN AKTIVITI BERSAMA AGENSI KERJASAMA JPK 2025
📅 Tarikh: 4 Februari 2025
📍 Tempat: CIAST, Shah Alam
JPK melalui Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) telah menganjurkan program penyelarasan aktiviti bagi membentangkan perancangan, kaedah pelaksanaan, matlamat, impak dan harapan yang ingin dicapai sepanjang tahun 2025 bersama Agensi Kerjasama JPK khususnya Badan Peneraju Industri (ILB) dan Syarikat-Syarikat MoU.
Penyelarasan aktiviti yang baik dan lestari daripada semua pihak akan melicinkan pelaksanaan program dan aktiviti sepanjang tahun 2025.
Antara aktiviti yang akan di dilaksanakan bersama Agensi Kerjasama JPK sepanjang tahun 2025:
1. Promosi Kerangka Pekerjaan (OF), Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan bahan pengajaran (WIM) yang lebih inovatif;
2. Kursus induksi kepada pemain industri untuk meningkatkan keterlibatan mereka;
3. Persidangan TVET Madani 2025; dan
4. Usaha untuk memperluaskan pengiktirafan terhadap sijil kemahiran daripada agensi lain.
Slot Perkongsian daripada wakil BPK mengenai penjenamaan & Pelaksanaan Akademi Dalam Industri (ADi) juga turut disediakan memandangkan terdapat transformasi di dalam pelaksanaan ADi.
Diharapkan melalui program penyelarasan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang memberi impak positif kepada pembangunan TVET serta memenuhi keperluan industri dan tenaga kerja masa hadapan.