MESYUARAT JKK MPKK BIL. 1/2025 HOTEL DORSETT (14 MEI 2025)
Screenshot2025-06-05115550.jpeg
MPKKBIL2-2025
MESYUARAT MPKK BIL. 2/2025 BILIK GERAKAN (22 MEI 2025)
Banner1NATIONALOCCUPATIONALSKILLSSTANDARDNOSS.png
MPKKBIL2-2025
MESYUARAT MPKK BIL. 3/2025 HOTEL SUNWAY PUTRA, KUALA LUMPUR (KHAMIS, 21 OGOS 2025)
Banner1NATIONALOCCUPATIONALSKILLSSTANDARDNOSS.png
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dengan fungsinya :-
1. Meluluskan Standard;
2. Menasihati Menteri tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Akta ini;
3. Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri; dan
4. Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam Akta ini.
Anggota Majlis:-
Setiap pelantikan anggota MPKK perlu mendapat persetujuan Menteri Sumber Manusia kerana anggota MPKK merupakan penasihat utama kepada Menteri Sumber Manusia seperti yang dinyatakan di dalam Akta 652. Pada tahun 2024, seramai 22 orang anggota MPKK yang baharu telah dilantik.
Peranan:-
MPKK mempunyai dua (2) Jawatankuasa (JK) dan lapan (8) Jawatankuasa Kerja (JKK) di bawahnya.