๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐ฐ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐ฎ๐ฒ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ - Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) telah bermesyuarat untuk kali keempat pada tahun 2023 bagi memperakukan lima (5) dokumen Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang telah dibangunkan bersama-sama Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato' Nathan K Suppiah dari Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan dihadiri En. Ahmad Nazri bin Ab Kader dan Pn. Rosnizawati binti Baharom dari JKKP, Pn. Roslina binti Muhammad dari Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), Pn. Melissa Ong dari Impact Circle Sdn Bhd, Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pn. Siti Hasmah binti Mustapha (Naib Pengerusi JTS) dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pn. Yusnita Azira binti Abdul Rahim dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA. Turut hadir Dr. Ab Razak bin Hamzah dari Malaysian Society for Non-Destructive Testing (MSNT) sebagai ahli industri jemputan serta Ts. Dr Nor Aznan bin Mohd Nor dari Malaysia Board of Technologists yang dijemput sebagai pemerhati mesyuarat untuk kali ini.
Kelima-lima dokumen yang dibentangkan pada mesyuarat kali ini adalah Pemeriksaan Bejana Tekanan (Pressure Vessel Inspection) Tahap 5, Pemeriksaan Dandang Stim (Steam Boiler Inspection) Tahap 5, Pemeriksaan Jentera Mengangkat (Lif, Eskalatorr/Pejalan Bergerak) (Lifting Machinery Inspection (Lift, Escalator / Moving Walk)) Tahap 5, Pemeriksaan Jentera Mengangkat I (Lifting Machinery Inspection I) Tahap 4 dan Pemeriksaan Jentera Mengangkat II (Lifting Machinery Inspection II) Tahap 5. Kesemua dokumen telah dibentangkan oleh fasilitator dalaman Ts. Mohd Shahrol @ Shukor Bin Salleh dan diperakukan dengan pindaan. Syabas diucapkan!