MESYUARAT MPKK TAHUN 2023
Sepanjang tahun 2023, sebanyak dua (2) Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah dilaksanakan dan dipengerusikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan kehadiran wakil-wakil kementerian dan agensi pelaksana TVET serta agensi swasta seperti Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan wakil industri.
Pencapaian MPKK Tahun 2023:
♣ Pelantikan Pengerusi dan Anggota Tetap Baharu MPKK bagi sesi 2023 - 2026
♣ Meluluskan 31 National Occupational Skills Standard (NOSS) dan 1 National Competency Standard (NCS)