MESYUARAT MPKK TAHUN 2021

Pada tahun 2021, sebanyak empat (4) mesyuarat dijadualkan berlangsung iaitu dijangka akan diadakan pada ketetapan berikut:

1. Mesyuarat MPKK Bil. 1/2021 telah diadakan pada 23 Februari 2021 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat YB Timbalan Menteri, Putrajaya dan secara dalam talian menggunakan aplikasi zoom meeting. Mesyuarat telah bersetuju meluluskan sejumlah 23 NOSS/NCS yang mana melibatkan 14 NOSS baharu dan sembilan (9) NOSS kaji semula yang dibangun dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) Bil. 1/2021 berdasarkan Seksyen pada Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC).

2. Mesyuarat MPKK Bil. 2/2021 telah diadakan pada 24 Jun 2021 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat YB Timbalan Menteri, Putrajaya dan secara dalam talian menggunakan aplikasi zoom meeting. Mesyuarat telah bersetuju meluluskan sejumlah 14 NOSS/NCS yang mana melibatkan lapan (8) NOSS baharu dan enam (6) NOSS kaji semula yang dibangun dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) Bil. 2/2021 berdasarkan Seksyen pada Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC).

3. Mesyuarat MPKK Bil. 3/2021 telah diadakan pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) bertempat di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sental. Mesyuarat telah bersetuju meluluskan sejumlah 41 NOSS/NCS yang mana melibatkan 22 NOSS baharu dan 19) NOSS kaji semula yang dibangun dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) Bil. 1/2021 berdasarkan Seksyen pada Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC).


4. Mesyuarat MPKK Khas telah diadakan pada 2 November 2021 (Selasa) secara hybrid (fizikal dan dalam talian) bertempat di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Mesyuarat pada kali adalah untuk mendapatkan pandangan anggota MPKK dan turut membincangkan penambahbaikan kandungan di dalam Kertas Pertimbangan "Penarafan Tunggal Program TVET” yang akan dibentangkan oleh YBhg. Datuk Haji Awang bin Hashim, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia di Mesyuarat Majlis TVET Negara (TVET) pada 3 Februari 2022 (Khamis).