JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN KEMAHIRAN (JPPKK)
TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN KEMAHIRAN (JPPKK)
- Jawatankuasa Penilaian Dan Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran (JPPKK) yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab terhadap permohonan bagi penilaian penyetaraan program atau kelayakan (kecuali untuk program atau kelayakan professional) dalam perkara berikut:
- Menghendaki mana-mana orang memberikannya apa-apa maklumat dan butiran lanjut sebagaimana yang dikehendaki untuk memutuskan permohonan.
- Berusaha sama, berkerjasama atau menyelaraskan dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, institusi latihan kemahiran, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional dan majikan.
- Meneliti dokumen, laporan dan syor yang dikemukakan oleh Setiausaha atau pihak ketiga mengenai permohonan yang dibuat untuk penilaian penyetaraan program.
- Mempertimbangkan, menentusah dan membuat syor terhadap mana-mana permohonan penilaian penyetaraan program kepada MPKK.
- Membuat cadangan keputusan tentang pengeluaran suatu perakuan kesetaraan sekiranya hasil penilaian jawatankuasa mendapati dan memperakui program atau kelayakan yang dimohon adalah setara dengan kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia kepada MPKK.
- Melakukan perkara yang sesuai dan semunasabahnya perlu bagi melaksanakan tugas.