MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (MPKK) BILANGAN 1 TAHUN 2025
Putrajaya, 22 Januari 2025 – Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKK, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, Setia Perkasa 3, KESUMA.
Agenda utama Mesyuarat MPKK ini adalah membincangkan halatuju pelaksanaan latihan TVET selaras hasrat Kerajaan untuk memartabatkan latihan kemahiran dalam memenuhi permintaan pasaran kerja semasa.
Mesyuarat MPKK telah bersetuju untuk meluluskan 46 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS/NCS) yang baharu dan kaji semula untuk didaftarkan dalam Daftar NOSS bagi tujuan rujukan dan digunakan oleh industri, pusat bertauliah dan pemegang taruh.
Selain itu, satu (1) kertas cadangan dan empat (4) kertas pemakluman telah dibentangkan pada sesi Mesyuarat MPKK pada kali ini termasuk perancangan Jawatankuasa Kerja di bawah MPKK.