Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2024

7-9 Oktober 2024: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan Sesi Bengkel Libat Urus & Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Tahun 2024 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.

Bengkel ini bertujuan untuk:
i. Menentukan arah strategik yang jelas (true-north) JKK yang dapat memacu pembangunan dan pelaksanaan program TVET di bawah Akta 652;
ii. Mengenalpasti jurang dan cabaran semasa melalui analisis jurang;
iii. Merangka cadangan penyelesaian yang inovatif dalam menangani jurang dan cabaran TVET; dan
iv. Merangka strategi yang dapat menyokong keberkesanan TVET melalui peranan JKK.

Peserta Bengkel Libat Urus ini terdiri daripada wakil Kerajaan, Swasta dan Pesara Kerajaan yang terlibat dalam latihan TVET. Hasil yang diperoleh daripada Bengkel Libat Urus ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2024 pada 9 Oktober 2024 dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sesi Bengkel Libat Urus & Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Tahun 2024 ini.