MESYUARAT MPKK BIL 2/2024
27 Ogos 2024 (Selasa) – YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA merangkap Timbalan Pengerusi MPKK telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2 Tahun 2024 bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan halatuju pelaksanaan latihan TVET selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan latihan kemahiran agar selaras dengan permintaan pasaran buruh semasa. Mesyuarat telah bersetuju untuk meluluskan tiga (3) NOSS yang dikaji semula untuk didaftarkan dalam Daftar NOSS bagi tujuan rujukan dan digunakan oleh industri, pusat bertauliah dan pemegang taruh.