Laman web Rasmi
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)Jabatan Pembangunan Kemahiran

Mengenai Kami
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
- Meluluskan Standard;
- Menasihati Menteri tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Akta ini;
- Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam Akta ini.
Ahli Majlis
Peranan
MPKK mempunyai dua (2) Jawatankuasa dan enam (6) Jawatankuasa Kerja di bawahnya, iaitu:
Jawatankuasa MPKK

Jawatankuasa Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran (JPPKK)
Bertanggungjawab terhadap permohonan bagi penilaian penyetaraan program persijilan kemahiran Malaysia dengan kelayakan kemahiran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia
Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET
Bertanggungjawab untuk meningkatkan tadbir urus TVET yang lebih efektif.

Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS)
Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja Pensijilan & Pengiktirafan
Bertanggungjawab untuk mengharmoni hubungan di antara JPK dengan regulatory body yang lain untuk mengelakkan pertindihan kuasa serta mewujudkan laluan kerjaya yang lebih jelas.

Jawatankuasa Kerja Kualiti Latihan TVET
Bertanggungjawab mencadangkan mekanisme pelaksanaan latihan yang lebih signifikan selaras dengan keperluan industri negara.

Jawatankuasa Kerja Promosi

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET

Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan
Bertanggungjawab merangka kaedah pembiayaan latihan yang lebih produktif.

Jawatankuasa Kerja Kerjasama Strategik
Bertanggungjawab membentuk kerjasama strategik di antara kerajaan, industri serta pusat latihan bagi merancakkan pelaksanaan TVET
Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025
Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025 dibangunkan sebagai asas dalam menetapkan hala tuju Jabatan sebagai peneraju latihan kemahiran dalam pembangunan tenaga mahir negara untuk tempoh lima (5) tahun. Ia juga menjadi rujukan utama kepada Jabatan dalam merancang aktiviti agar terus relevan dengan peranan dan fungsi Jabatan sebagai badan penyelaras latihan kemahiran di peringkat nasional.
Aktiviti Terkini
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
Agensi
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan


















