MESYUARAT MPKK TAHUN 2022

Pada tahun 2022, sebanyak empat (4) mesyuarat dijadualkan berlangsung iaitu dijangka akan diadakan pada ketetapan berikut:

1. Mesyuarat MPKK Bil. 1/2022 telah diadakan pada 21 April 2022 (Khamis) bertempat di Hotel Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside. Mesyuarat telah bersetuju meluluskan sejumlah 25 NOSS/NCS yang mana melibatkan 10 NOSS baharu dan 15 NOSS kaji semula yang dibangun dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) Bil. 8/2021, 9/2021, 10/2021 dan 11/2021 berdasarkan Seksyen pada Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC).

Sebanyak empat (4) kertas pembentangan telah dibentangkan oleh JPK bertajuk:
a. Kertas 1: Penstrukturan Semula Jawatankuasa Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran Lain (JPKKL);
b. Kertas 2: Penganugerahan Master Trainer kepada Tenaga Pengajar TVET;
c. Kertas 3: Pelaporan Maklum Balas Sesi Libat Urus Penyelarasan Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET Bersama Kementerian/Agensi dan Industri; dan
d. Kertas 4: Kerangka Blueprint Pembangunan Modal Insan Berkemahiran ‘Memperkasakan Modal Insan Melalui TVET Dipacu Industri’ 2021 – 2025 Edisi Kedua.

Manakala mesyuarat telah bersetuju agar satu (1) kertas pembentangan bertajuk Pelaporan Pencapaian Inisiatif Jangka Pendek Jawatankuasa Kerja (JKK) MPKK Tahun 2021 & Pencapaian Pelan Strategik JPK Tahun 2021 dirujuk secara edaran kerana masa tidak mengizinkan.