JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN TAHFIZ TVET

TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN TAHFIZ TVET

  1. Membantu dan menasihati institusi tahfiz Negara dalam memperkasa kurikulum/ bahan pengajaran & pembelajaran/ personel/persijilan melalui SPKM;
  2. Membincang dan mewujudkan halatuju dan laluan kerjaya pelajar tahfiz dalam bidang TVET;
  3. Mewujudkan hala tuju yang jelas bagi melahirkan pendidik – pendidik tahfiz yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang TVET;
  4. Membantu dan memberi khidmat nasihat bagi perkara berkaitan pentauliahan dan persijilan SPKM;
  5. Mengenalpasti keperluan permintaan program TVET di institusi tahfiz berdasarkan keperluan semasa dan menasihati keperluan program yang sesuai; dan
  6. Menyelaras isu, cabaran dan memperkukuh serta memperkasakan latihan TVET melibatkan institusi tahfiz.