MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (MPKK) BILANGAN 2 TAHUN 2025

Putrajaya, 22 Mei 2025 – Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKK (Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2 Tahun 2025 bertempat di KESUMA.

Ahli Majlis MPKK telah bersetuju untuk meluluskan 28 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS/NCS) baharu dan kaji semula bagi tujuan rujukan dan digunakan oleh pihak industri, pusat bertauliah dan pemegang taruh.


Selain itu, tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan termasuk Pengelasan NOSS High-Growth High-Value (HGHV) serta pencapaian inisiatif lapan (8) Jawatankuasa Kerja (JKK) di bawah MPKK telah dibentangkan pada sesi Mesyuarat MPKK Bilangan 2 Tahun 2025 pada kali ini.