Laman web Rasmi

Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)Jabatan Pembangunan Kemahiran

Mengenai Kami

Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan

Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dengan fungsinya :-
  • Meluluskan Standard;
  • Menasihati Menteri tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Akta ini;
  • Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri; dan
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam Akta ini.

Ahli Majlis

Setiap pelantikan anggota MPKK perlu mendapat persetujuan Menteri Sumber Manusia kerana anggota MPKK merupakan penasihat utama kepada Menteri Sumber Manusia seperti yang dinyatakan di dalam Akta 652. Pada tahun 2024, seramai 22 orang anggota MPKK yang baharu telah dilantik.

Peranan

MPKK mempunyai dua (2) Jawatankuasa dan lapan (8) Jawatankuasa Kerja di bawahnya, iaitu:

Jawatankuasa MPKK 

Jawatankuasa Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran Lain (JPKKL)

Jawatankuasa Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran Lain (JPKKL)

Bertanggungjawab terhadap permohonan bagi penilaian penyetaraan program persijilan kemahiran Malaysia dengan kelayakan kemahiran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia 

Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET

Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET

Bertanggungjawab untuk meningkatkan tadbir urus TVET yang lebih efektif.

Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS)

Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS)

Bertanggungjawab mengesah dan memperaku Standard yang telah dibangunkan selaras dengan keperluan industri negara untuk kelulusan MPKK.

 

 

Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja Pensijilan & Pengiktirafan

Jawatankuasa Kerja Pensijilan & Pengiktirafan

Bertanggungjawab untuk mengharmoni hubungan di antara JPK dengan regulatory body yang lain untuk mengelakkan pertindihan kuasa serta mewujudkan laluan kerjaya yang lebih jelas. 

 
Jawatankuasa Kerja Kualiti Latihan TVET

Jawatankuasa Kerja Kualiti Latihan TVET

Bertanggungjawab mencadangkan mekanisme pelaksanaan latihan yang lebih signifikan selaras dengan keperluan industri negara.

Jawatankuasa Kerja Promosi

Jawatankuasa Kerja Promosi

Bertanggungjawab penjenamaan semula serta meningkatkan penerimaan masyarakat berkaitan TVET.

 

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET

Membantu dan menasihati institusi tahfiz Negara dalam memperkasa kurikulum/ bahan pengajaran & pembelajaran/ personel/persijilan melalui SPKM;
Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan

Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan

Bertanggungjawab merangka kaedah pembiayaan latihan yang lebih produktif.                                                         

Jawatankuasa Kerja Kerjasama Strategik

Jawatankuasa Kerja Kerjasama Strategik

Bertanggungjawab membentuk kerjasama strategik di antara kerajaan, industri serta pusat latihan bagi merancakkan pelaksanaan TVET

Jawatankuasa Kerja Pengiktirafan Pakar

Jawatankuasa Kerja Pengiktirafan Pakar

Bertanggungjawab Mengiktiraf Master Trainer yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Penilaian Kepakaran dan meluluskan program perkongsian pakar antara agensi atau kementerian penyedia TVET.

Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025



Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025 dibangunkan sebagai asas dalam menetapkan hala tuju Jabatan sebagai peneraju latihan kemahiran dalam pembangunan tenaga mahir negara untuk tempoh lima (5) tahun. Ia juga menjadi rujukan utama kepada Jabatan dalam merancang aktiviti agar terus relevan dengan peranan dan fungsi Jabatan sebagai badan penyelaras latihan kemahiran di peringkat nasional.


Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025 ini mempunyai enam (6) Teras Strategik iaitu Pengukuhan Tadbir Urus TVET, Persijilan & Pengiktirafan, Pembiayaan Latihan, Kualiti Latihan, Kerjasama Strategik dan Promosi. Keseluruhan Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025 ini mempunyai 42 strategi dan 145 projek yang akan dilaksanakan bagi tempoh 5 tahun. Kerangka Pelan Strategik JPK 2021-2025 ini telah dilancarkan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Hj. Awang bin Hashim pada 29 Oktober 2021 di Aloft Hotel, Kuala Lumpur.

Agensi

Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan