Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Bil 1-2023

8 Mei 2023 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bil. 1/2023 telah meluluskan 44 dokumen Standard yang dibangunkan sepanjang 2022 iaitu 25 dokumen NOSS bagi tajuk pekerjaan baharu, 17 dokumen NOSS yang dikaji semula dan 2 dokumen NCS baharu. 44 dokumen Standard tersebut merangkumi 10 dokumen Tahap 2, 18 dokumen Tahap 3, 7 dokumen Tahap 4 dan 7 dokumen Tahap 5 serta 2 NCS.

Kesemua Standard ini telah dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (BSPKTVET), Ts. Salbiah Binti Hussein di hadapan Timbalan Menteri KSM Yang Berhormat Tuan Ts. Mustapha Sakmud selaku Pengerusi MPKK dan ahli-ahli Majlis. Terdahulu, kesemua Standard ini telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) Bil. 1/2023 (20 Februari 2023) , Bil. 2/2023 (21 - 23 Mac 2023) dan Bil. 3/2023 (18 April 2023).

Syabas diucapkan kepada semua fasilitator dan panel pembangun yang terlibat.