Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Bil 2-2023

6 September 2023 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Bil 2/2023 bertempat di Everly hotel Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Ts Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia Merangkap Pengerusi MPKK.

Pada mesyuarat kali ini tiada NOSS akan diperakukan kerana NOSS tersebut masih lagi dalam proses pembangunan. Walau bagaimanapun, JPK telah membentangkan Perancangan Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Tahap 6 hingga Tahap 8 pada mesyuarat hari ini. Terdapat satu (1) kertas pertimbangan bertajuk Kertas Cadangan Konsep Strategi Meningkatkan Tenaga Kerja Mahir Masa Hadapan akan dibentangkan.

Pembentangan ini adalah susulan daripada mesyuarat yang lalu. Selain itu, dua (2) pemakluman berkaitan Pelaporan Hasil Kajian Kebolehlaksanaan Transformasi Sijil Fizikal Kepada Sijil Elektronik SPKM dan juga Pelaporan Pencapaian Quick Win Jawatankuasa Kerja (JKK) MPKK sehingga 31 Julai 2023 telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini.